Assalamualaikum and have a nice day everyone who visit my blog π. Jadi sebagaimana yang kamu semua lihat pada gif di atas, hari ni saya ingin kongsi satu topik berkenaan dengan kelas fundemantal saya pada minggu lepas. Pada minggu lepas, kami telah diberi tugasan sekaligus di bahagikan sama rata. Tugasan yang diberikan adalah untuk membuat satu pembentangan mengenai topik tarikan yang diberikan oleh pensyarah. Apa kena mengena topik tu dengan confidence level?
kaitannya adalah di mana apabila kita mencuba atau diberi tugasan untuk dibentang, ia dapat membina tahap keyakinan kita apabila di hadapan khalayak ramai. Ia juga merupakan satu praktikal jika kita selalu melakukannya, perasaan nervous mahu pun gugup lama-kelamaan akan hilang dan pudar. Eh lari tajuk pula hehe.
Dalam tajuk tarikan ini, kami telah mencari maklumat yang mana ia berkait rapat dengan kegiatan pelancongan. Kami di beri masa dan peluang untuk mencari maklumat sebanyak mana yang dapat. Jadi, saya telah mendapat tajuk tarikan dalam keindahan alam semula jadi. Alam semula jadi membawa maksud kepada satu status yang melindungi suasana atau alam sekitar dan menyediakan kemudahan supaya masayarakat atau pelancong dapat menikmati pemandangan yang ada di sesebuah negara. Seperti yang anda semua tahu, setiap negara mempunyai keindahan dan keunikan alam itu tersendiri. Alam semula jadi ini telah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pantai, gunung dan hutan tropika. Pantai adalah tempat di mana kita semua dapat merehatkan minda dengar mendengar ombak air laut, kejernihan air laut itu, dan pelbagai aktivit seperti menyelam, bermain papan luncur dan sebagainya. Antara pantai yang menjadi tarikan pelancong di malaysia adalah Pulau Pangkor yang terletak di Manjung Perak.
Perbezaan iklim yang berbeza telah mewujudkan pelbagai hutan yang berbeza dan kehidupan flora fauna yang unik lagi menarik. Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang kebiasaan nya dikenali dengan kelembapan sekali gus dapat menghidupan kehidupan fauna yang hanya terdapat di Malaysia iaitu tumbuhan raflesia.
Kita beralih pula kepada pergunungan yang menjadi tarikan kepada pelancong yang menjadikan aktiviti mendaki sebagai satu hobi. Dengan melakukan ini pelancong dapat merasakan cuaca yang berbeza dan menjamin kesihatan kepada mereka. Ia terbentang luas di atas alam semula jadi dan lebih besar dari bukit. Kawasan tinggi dan suhu di sekitarnya lembap menjadi antara faktor terdapat banyak pokok dan tumbuhan tropika. Selain itu mereka dapat melihat matahari terbenam dengan sendiri.
Disini kami kongsikan sedikit video yang di tayang kan di dalam kelas mengenai keindahan dan mengapa perlu melancong ke Malaysia. So, enjoy the video π
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.