Wednesday, August 1, 2018

Introduction Of Hospitality




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini saya akan berkongsi mengenai pengenalan terhadap sektor hospitaliti. Hospitaliti ini adalah satu sektor yang terkandung dalam jabatan pelancongan yang banyak mendatang hasil kepada sesebuah negara. Ia bukanlah hospitaliti yang diperkatakan oleh mereka yang memahami bahawa ia merupakan hospital atau tempat merawat pesakit tetapi ia adalah satu pekerjaan yang merangkumi bahagian perkhidmatan servis yang diberikan kepada pelanggan atau tetamu di sesuatu hotel, resotaran atau pun dalam pengangkutan. 

Adakah anda benar benar faham dengan industri hospitaliti yang ada di negara Malaysia ini? Ya mungkin anda faham tapi tidak semua yang dapat memahaminya dengan lebih betul atau tepat. Hospitaliti ada satu bidang pekerjaan yang terdapat di Malaysia yang amat berkait rapat dengan pelancongan. Mengapa ia berkait rapat? Ia menjadi satu hubungan adalah di sebabkan masing-masing memerlukan antara satu sama lain untuk menjana pendapatan negara yang tinggi atau memberi kepuasan kepada pelancongan dari luar mahupun dalam negara. 

Dalam hospitaliti ini banyak cabang sektor nya antaranya kemudahan penginapan, F&B, pengangkutan awam atau banyak lagi. Semua yang saya perkatakan ini adalah amat penting karana ia bukan sahaja menaikkan nama negara tetapi ia telah membuat Malaysia sebagai satu tempat tarikan pelancong di mana terdapat banyak budaya dan etnik asia yang boleh dapat hampir kesemuanya di Malaysia. Pekerjaan yang anda ceburi ini memerlukan tahap keyakinan yang tinggi untuk berjumpa dengan pelanggan iaitu dengan memberikan layanan yang baik dan memuaskan kerana banyak ragam yang akan kita temui dalam sektor ini. Tidak semua mampu bekerja dalam sektor ini apabila tiada minat dan keyakinan tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.