Saturday, August 11, 2018

TARIKAN PELANCONG!!




Tarikan adalah  
tindakan atau kuasa yang dapat membangkitkan kepentingan atau keinginan seseorang terhadap sesuatu perkara atau benda. Namun tarikan yang ada pada sesuatu tempat amat penting untuk menarik para pelancong ke sesuatu negara. Tarikan ini juga merupakan satu aktiviti kepada pelancong dalam mengisi masa lapang mereka dengan mendaki, berkelah dan snorkeling bagi menikmati keindahan alam semula jadi. Setiap negara mempunyai tarikan yang berbeza kerana kedudukannya yang berbeza di muka bumi. Semua keperluan dan kehendak adalah berbeza, maka apabila mereka melancong atau melawati sesuatu tempat boleh memenuhi segalanya.





Terdapat pelabagai tarikan pelancong yang boleh menarik minat mereka untuk mengunjungi sesuatu tempat. Antaranya adalah alam semula jadi, membeli belah, bangunan bersejarah dan hidupan liar yang dapat menajdi tontonan buat mereka. Sesuatu aktiviti pelancongan akan menjadi sempurna apabila semua senarai destinasi atau rancangan yang dirancang dapat dipenuhi dan dilawati dengan perasaan seronok dan tiada sebarang masalah. Sesuatu pengembaraan juga dapat mewujudkan kesefahaman dalam kebudayaaan dan persejarahan yang tergolong dalam persekitaran, menekankan penjagaan ekosistem dan menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada tempatan dan kerajaan untuk menggalakkan pemuliharaan semula jadi.



Kesimpulannya semua rakyat tempatan di negara itu berperanan dalam menjaga keindahan alam, memelihara flora dan fauna mahu pun mengekalkan keaslian sesuatu bangunan itu. Hal ini demikian kerana, tarikan pelancong adalah suatu kuasa yang amat besar buat ekonomi sekarang. Dengan sifat ini lah dapat melahirkan generasi yang bijak dan mempunyai persefahaman yang meluas. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.