Saturday, August 11, 2018

Definiton of Beautiful is NATURE 🌄


Assalamualaikum and have a nice day everyone who visit my blog 😁. Jadi sebagaimana yang kamu semua lihat pada gif di atas, hari ni saya ingin kongsi satu topik berkenaan dengan kelas fundemantal saya pada minggu lepas. Pada minggu lepas, kami telah diberi tugasan sekaligus di bahagikan sama rata. Tugasan yang diberikan adalah untuk membuat satu pembentangan mengenai topik tarikan yang diberikan oleh pensyarah. Apa kena mengena topik tu dengan confidence level?
kaitannya adalah di mana apabila kita mencuba atau diberi tugasan untuk dibentang, ia dapat membina tahap keyakinan kita apabila di hadapan khalayak ramai. Ia juga merupakan satu praktikal jika kita selalu melakukannya, perasaan nervous mahu pun gugup lama-kelamaan akan hilang dan pudar. Eh lari tajuk pula hehe.





Dalam tajuk tarikan ini, kami telah mencari maklumat yang mana ia berkait rapat dengan kegiatan pelancongan. Kami di beri masa dan peluang untuk mencari maklumat sebanyak mana yang dapat. Jadi, saya telah mendapat tajuk tarikan dalam keindahan alam semula jadi. Alam semula jadi membawa maksud kepada satu status yang melindungi suasana atau alam sekitar dan menyediakan kemudahan supaya masayarakat atau pelancong dapat menikmati pemandangan yang ada di sesebuah negara. Seperti yang anda semua tahu, setiap negara mempunyai keindahan dan keunikan alam itu tersendiri. Alam semula jadi ini telah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pantai, gunung dan hutan tropika. Pantai adalah tempat di mana kita semua dapat merehatkan minda dengar mendengar ombak air laut, kejernihan air laut itu, dan pelbagai aktivit seperti menyelam, bermain papan luncur dan sebagainya. Antara pantai yang menjadi tarikan pelancong di malaysia adalah Pulau Pangkor yang terletak di Manjung Perak.




Perbezaan iklim yang berbeza telah mewujudkan pelbagai hutan yang berbeza dan kehidupan flora fauna yang unik lagi menarik. Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang kebiasaan nya dikenali dengan kelembapan sekali gus dapat menghidupan kehidupan fauna yang hanya terdapat di Malaysia iaitu tumbuhan raflesia.



Kita beralih pula kepada pergunungan yang menjadi tarikan kepada pelancong yang menjadikan aktiviti mendaki sebagai satu hobi. Dengan melakukan ini pelancong dapat merasakan cuaca yang berbeza dan menjamin kesihatan kepada mereka. Ia terbentang luas di atas alam semula jadi dan lebih besar dari bukit. Kawasan tinggi dan suhu di sekitarnya lembap menjadi antara faktor terdapat banyak pokok dan tumbuhan tropika. Selain itu mereka dapat melihat matahari terbenam dengan sendiri. 




 

Disini kami kongsikan sedikit video yang di tayang kan di dalam kelas mengenai keindahan dan mengapa perlu melancong ke Malaysia. So, enjoy the video 😊

Quizizz

Last week too, after we finished making the presentation, we all played the game namely, "Quizizz". this game is very fun because it tests our knowledge of tourism. We play this game twice. on the first game I got a point of 4090 out of 10000 points. I have also been able to answer 5 questions correctly & 5 questions answered wrong.



In the second game, we have also played the same game. but this time, I've got high points of 18680 out of 21000 points. I got 19 questions correctly and 2 questions answered wrong




KAHOOT !

Kahoot ialah satu permainan yang ada kena mengena dengan sesi pembelajaran dan ianya bagus untuk menarik minat pelajar untuk lebih menerokai bidang Fundamental Tourism & Hospitality .
Saya sarankan Miss EanNa buat game macam ini lagi apabila dalam sesi pembelajaran. Ini adalah pengalaman baru untuk saya bermain game yang ada kena mengena dengan pembelajaran.

Presentation


Last week, DUP1A and DUP1B classes have made a presentation on the sector of tourism industry. Our group of 7 people has been able to headline the "Attraction". We are dividing tasks and listing what sub topics are in the title of attraction. our group became the second speaker. I have been able to sub topic that is historically. I told the reason why the historic place became a tourist attraction to foreigners. by doing this presentation, can train yourself to not feel nervous when speaking in public. In this way, we can find out the attractions of tourism. We can also acquire knowledge when listening to other groups presenting their titles.





Sambutan Hari Raya :)


Sebelum kelas kedua Fundamental Tourism & Hospitality, Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan Sambutan Hari Raya. Kelas pagi Miss EanNa batalkan kerana memberi peluang kepada kami meraikan sambutan dengan seronok dan penuh riang. Disini, saya ingin berkongsi gambar saya semasa sambutan tersebut.



Quizizz & Blog


Untuk kali pertama , kami main Quizizz dan permainan ini memang sungguh seronok dan bagus untuk diteruskan dalam pembelajaran, Ianya menarik perhatian pelajar untuk mendalami lagi subjek " Fundamental Tourism & Hospitality" . Dalam permainan ini, saya dapat tempat kedua dalam kelas :)


Seterusnya, Miss Ean Na menerangkan lagi, apa yang perlu ada didalam blog dan memberi serba sedikit idea untuk dikongsikan didalam blog. Ianya memberi kami sedikit inspirasi untuk mengemaskini blog kami .






Culture in Tourism

Ada 4 budaya yang saya bentangkan semasa pembelajaran pada 26/7/2018 (KHAMIS).
- Kaum
- Makanan
- Pakaian
- Tarian


  • Kaum
    Image result for 3 kaum di malaysia

    Seperti semua sedia maklum, kaum yang popular di Malaysia iaitu;
    * Melayu
    * Cina
    * India


    Kaum-kaum tersebut mempunyai bahasa dan agama tersendiri. Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kepada rakan-rakan.

    - Melayu
     * Menggunakan bahasa kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi iaitu BAHASA MALAYSIA
     * Beragama ISLAM

    - Cina
      * Menggunakan bahasa HOKKIEN,
      * Beragama BUDDHA, KRISTIAN,

    - India
      * Menggunakan bahasa TAMIL,
      * Beragama HINDU


  • Makanan

    Image result for 3 makanan di malaysia Image result for kek bulan Image result for maruku

    - Melayu
      * Nasi Lemak
      * Lemang
      * Laksa
      * Ketupat
      * Rendang

    - Cina
      * Kek Bulan
      * Yee Sang
      * Dim Sum
      * Zong Zi

    - India
      * Muruku
      * Putu Mayam
      * Tosai
      * Nasi Beriyani
  • Pakaian
    Image result for pakaian tradisional      Image result for pakaian tradisional Image result for pakaian tradisional

    - Melayu
      * Baju Kurung
      * Baju Melayu
      * Baju Kebaya

    - Cina
      * Cheongsam
      * Samfu

    - India
      * Sari
      * Dhoti
      * Kurta
  • Tarian

    Image result for tarian tradisional malaysia Image result for tarian tradisional malaysia Image result for tarian tradisional malaysia

    - Melayu
      * Tarian Zapin
      * Ulek Mayang


    - Cina
      * Tarian Kipas
      * Tarian Naga
      * Tarian Singa

    - India
      * Kathak
      * Tarian Baratha Natyam






TARIKAN PELANCONG!!




Tarikan adalah  
tindakan atau kuasa yang dapat membangkitkan kepentingan atau keinginan seseorang terhadap sesuatu perkara atau benda. Namun tarikan yang ada pada sesuatu tempat amat penting untuk menarik para pelancong ke sesuatu negara. Tarikan ini juga merupakan satu aktiviti kepada pelancong dalam mengisi masa lapang mereka dengan mendaki, berkelah dan snorkeling bagi menikmati keindahan alam semula jadi. Setiap negara mempunyai tarikan yang berbeza kerana kedudukannya yang berbeza di muka bumi. Semua keperluan dan kehendak adalah berbeza, maka apabila mereka melancong atau melawati sesuatu tempat boleh memenuhi segalanya.





Terdapat pelabagai tarikan pelancong yang boleh menarik minat mereka untuk mengunjungi sesuatu tempat. Antaranya adalah alam semula jadi, membeli belah, bangunan bersejarah dan hidupan liar yang dapat menajdi tontonan buat mereka. Sesuatu aktiviti pelancongan akan menjadi sempurna apabila semua senarai destinasi atau rancangan yang dirancang dapat dipenuhi dan dilawati dengan perasaan seronok dan tiada sebarang masalah. Sesuatu pengembaraan juga dapat mewujudkan kesefahaman dalam kebudayaaan dan persejarahan yang tergolong dalam persekitaran, menekankan penjagaan ekosistem dan menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada tempatan dan kerajaan untuk menggalakkan pemuliharaan semula jadi.



Kesimpulannya semua rakyat tempatan di negara itu berperanan dalam menjaga keindahan alam, memelihara flora dan fauna mahu pun mengekalkan keaslian sesuatu bangunan itu. Hal ini demikian kerana, tarikan pelancong adalah suatu kuasa yang amat besar buat ekonomi sekarang. Dengan sifat ini lah dapat melahirkan generasi yang bijak dan mempunyai persefahaman yang meluas. 

Wednesday, August 8, 2018

Quizizz





We played  quizizz in class, the topic of the game is about chapter 2; Sector of Tourism Industry.  The game was so fun when it play with friends in class. Its give a nic situation in class that we can learn while playing a game . The game is a good because can attract student to more interested in the subject . This is not our first time playing the game, i suggest that miss ean na need to give us to playing this game more.

Wednesday, August 1, 2018

Introduction Of Hospitality




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini saya akan berkongsi mengenai pengenalan terhadap sektor hospitaliti. Hospitaliti ini adalah satu sektor yang terkandung dalam jabatan pelancongan yang banyak mendatang hasil kepada sesebuah negara. Ia bukanlah hospitaliti yang diperkatakan oleh mereka yang memahami bahawa ia merupakan hospital atau tempat merawat pesakit tetapi ia adalah satu pekerjaan yang merangkumi bahagian perkhidmatan servis yang diberikan kepada pelanggan atau tetamu di sesuatu hotel, resotaran atau pun dalam pengangkutan. 

Adakah anda benar benar faham dengan industri hospitaliti yang ada di negara Malaysia ini? Ya mungkin anda faham tapi tidak semua yang dapat memahaminya dengan lebih betul atau tepat. Hospitaliti ada satu bidang pekerjaan yang terdapat di Malaysia yang amat berkait rapat dengan pelancongan. Mengapa ia berkait rapat? Ia menjadi satu hubungan adalah di sebabkan masing-masing memerlukan antara satu sama lain untuk menjana pendapatan negara yang tinggi atau memberi kepuasan kepada pelancongan dari luar mahupun dalam negara. 

Dalam hospitaliti ini banyak cabang sektor nya antaranya kemudahan penginapan, F&B, pengangkutan awam atau banyak lagi. Semua yang saya perkatakan ini adalah amat penting karana ia bukan sahaja menaikkan nama negara tetapi ia telah membuat Malaysia sebagai satu tempat tarikan pelancong di mana terdapat banyak budaya dan etnik asia yang boleh dapat hampir kesemuanya di Malaysia. Pekerjaan yang anda ceburi ini memerlukan tahap keyakinan yang tinggi untuk berjumpa dengan pelanggan iaitu dengan memberikan layanan yang baik dan memuaskan kerana banyak ragam yang akan kita temui dalam sektor ini. Tidak semua mampu bekerja dalam sektor ini apabila tiada minat dan keyakinan tersebut.